PERANAN AYAH DALAM KELUARGA
“Kasih ibu membawa ke syurga,
kasih ayah sepanjang masa”
Sempena Hari Bapa, artikel ini khas untuk semua ayahanda dan superhero pertama anak-anak.
Dalam soal parenting, ayah selalu dianggap sebagai orang kedua atau co-parent dalam menjaga dan mendidik anak. Hakikatnya, peranan dan tanggungjawab ayah sama pentingnya dengan ibu. Tiada yang terkecuali dalam memberi perhatian kepada tumbesaran anak, baik dari jasmani, rohani dan sahsiah.
AnyCable: Action Cable on steroids — Martian Chronicles deca for sale dr. robert malone exposes big tech, big pharma, big government and big media
Ayah adalah Pelindung Keluarga
Peranan ayah yang paling utama adalah sebagai pelindung keluarga. Ayah harus mampu melindungi keluarganya daripada bahaya-bahaya yang ada di dunia luar, tidak hanya dalam bentuk fizikal. Ancaman dalam bentuk atas talian, bahan picisan yang ditonton, jenis kawan yang dipilih, dan semua bentuk bahaya yang mengganggu ketenteraman dan keharmonian keluarga.
Ayah sangat berjasa kerana telah menyediakan kediaman yang selesa dan selamat.
Ayah adalah Penyedia Segala Kebutuhan
Peranan ayah sudah tentunya menyediakan segala kebutuhan keluarga. Ianya menjadi suatu kewajipan buat ayah untuk memastikan segala isi rumah lengkap dan anak- anak mendapat pendidikan sempurna.
Keperluan bagi sesebuah keluarga tidak terhad kepada materi/kewangan semata-mata, tetapi emosi dan ilmu juga penting dan ayah lah yang bertanggungjawab untuk memastikan ibu dan anak-anak mendapat keperluan ini sebaiknya.
Ayah sangat berjasa kerana mencukupkan segala keperluan keluarga.
Ayah adalah Pelatih Disiplin
Ayah mempunyai kelebihan dari segi fizikal dan suara yang tegas, sesuai untuk menjadi ‘guru disiplin’ pertama anak-anak. Mengajar tentang disiplin dan tatacara yang betul haruslah bermula di rumah. Akhlak yang baik perlu digilap dan diterapkan seawal yang mungkin dan ayah perlu sama-sama mendidik anak dalam hal ini.
Ayah sangat berjasa dalam banyak perkara dan peranan ayah menjadikan kehidupan seharian kita cukup sempurna. Terima Kasih Ayah!