OPEN DAY
Kenapa Perlu Hadir ke Open Day?
Open Day selalunya diadakan oleh pihak sekolah untuk mengajak ibu bapa dan anak-anak meninjau sekolah yang terbaik untuk mereka. Di sini ada beberapa sebab yang menguntungkan ibu bapa sekiranya hadir ke Open Day.
1. Mendapat Penerangan yang Jelas
Sememangnya ibu bapa inginkan pakej yuran dan jadual persekolahan diterangkan secara jelas. Pakej yang dianggap berbaloi, bukan sahaja melibatkan akademik tetapi kurikulum dan jaminan penjagaan yang baik terhadap anak yang bakal bersekolah di sana.
Dengan menghadiri Open Day, ibu bapa dapat berinteraksi secara langsung dengan guru-guru dan bertanya segala persoalan supaya tiada salah faham kemudian hari.
2. Meninjau Keselamatan
Inilah peluang untuk meninjau keselamatan dan keselesaan kawasan sekolah. Adakah kantinnya bersih? Adakah taman permainannya cantik? Adakah mempunyai CCTV? Ibu bapa boleh menilai sendiri sama ada tempat tersebut sesuai untuk anak-anak.
3. Beramah Mesra dengan Guru-guru
Ketika di Open Day, ibu bapa dapat berbual dengan kakitangan yang ada di situ. Sedikit sebanyak ibu bapa dapat membina kepercayaan terhadap kredibiliti guru-guru dan kakitangan yang ada di sekolah tersebut. Maklumlah, anak-anak kita akan meluangkan banyak masa di sana. Penting untuk kita peka akan semua aspek di sekolah.
Begitulah kepentingan menghadiri Open Day taska, tadika dan sekolah. Ianya memberi manfaat kepada ibu bapa dalam memilih tempat pendidikan terbaik untuk anak-anak. Open Day Khalifah Didik telah berlangsung. Bagi kemasukan pada tahun 2020, boleh klik pada link ini. Jumpa tahun hadapan!