MERDEKA
Kenapa Semangat Patriotisme Penting untuk Diterapkan kepada Kanak-kanak
Walaupun kelihatan remeh dan kemerdekaan hanya disambut setahun sekali, tetapi menerapkan semangat patriotisme kepada kanak-kanak amat penting. Ianya bakal membentuk generasi yang lebih baik pada masa akan datang. Berikut adalah 3 sebab penting kenapa semangat patriotisme penting untuk kanak-kanak.
HOMCOM Fitness benches and stations | Aosom Italy how long does trenbolone stay in your system anabolic doping pills bodybuilder bodybuilding muscles fitness studio gym strong muscular man stock photos – alamy
1. Menghargai keharmonian dan perpaduan sesama bangsa
Ketika menceritakan tentang kemerdekaan kepada anak-anak, ambillah peluang untuk memperkenalkan jenis bangsa yang terdapat di Malaysia. Ajarkan mereka bahawa perbezaan etnik dan agama menjadikan negara ini unik. Sikap saling menghormati akan mewujudkan perpaduan meskipun melibatkan kaum yang berbeza. Dengan cara mendedahkan hal ini kepada mereka, anak-anak akan faham dan tahu untuk menghormati orang lain.
2. Menggunakan harta awam dengan berhemah
Apa kaitannya menggunakan harta awam dengan semangat patriotik? Ha… hanya orang yang merasa cinta kepada sesuatu saja akan menghargainya. Jika seseorang tidak percaya bahawa harta awam adalah hartanya juga, dia takkan mampu untuk menjaganya dengan baik. Sebab itu ramai anak muda yang nakal, gatal tangan untuk vandalisme.
Ajarkan kepada anak-anak kecil agar mencintai negara ini lebih dari sekadar mengibarkan bendera. Segala sesuatu di Malaysia ini adalah hak milik kita dan kita bertanggungjawab untuk berhemah dalam memanfaatkannya.
3. Menghargai khazanah negara
Taman-taman, hutan terpelihara, binatang, tempat bersejarah dan semua keindahan di negara ini adalah khazanah yang perlu dipelihara. Ketamakan pemimpin dan kontraktor yang mahukan pembangunan tidak berasas telah mengakibatkan penggodalan hutan secara berleluasa.