Skip to main content

SUGAR RUSH

Kanak-kanak dan gula: Pengambilan gula secara berlebihan dan kesannya kepada kanak-kanak

Pernahkah anda mendengar istilah sugar rush?

Sugar rush dipercayai adalah satu fenomena peningkatan tenaga kanak-kanak akibat pengambilan gula yang mengakibatkan hiperaktif. Namun, tiada kajian sains yang benar-benar membuktikan kanak-kanak akan menjadi hiperaktif sekiranya mereka mengambil makanan yang manis. Ianya wajar bagi kanak-kanak normal untuk terlebih gembira sekiranya dapat makan makanan yang mereka suka. Sifat kanak-kanak yang gemar melompat dan berlari adalah sifat semula jadi mereka tanpa perlu sebab daripada pengambilan gula yang berlebihan.

Akan tetapi, apa yang lebih wajar dikhuatiri apabila kanak-kanak mengambil kandungan gula yang lebih adalah kesan-kesan terhadap fizikalnya.

kanak-kanak dan gula

1. GIGI  ROSAK

Kandungan gula yang bersisa di dalam mulut akan menyebabkan karies dan kaviti. Apabila dibiarkan lama, bakteria akan menghakis enamel gigi. Anak-anak kita mesti berus gigi segera jika mahu makan gula-gula. Kalau tak, rongak la jawabnya…

2. OBESITI

Pengambilan manis haruslah terkawal dan diambil dalam jumlah yang sedikit sahaja. Lebihan gula di dalam badan akan menjadi lemak. Peratus obesiti dalam kalangan anak semakin meningkat. 80 peratus anak yang menghadapi obesiti akan menjadi orang dewasa obes. Kawal pemakanan anak-anak untuk jangka masa panjang.

3. IMUNITI YANG LEMAH

Badan kita memerlukan sejumlah bakteria baik untuk menghadam makanan, menghasilkan vitamin dan melindungi badan daripada penyakit. Apabila anak-anak mengambil gula yang banyak, ianya akan mengganggu keseimbangan bakteria baik dan jahat, seterusnya melemahkan sistem imunisasi. Akan lebih mudah untuk mendapat selsema, batuk dan demam.

kanak-kanak dan gula

4. KEKURANGAN NUTRISI

Apabila terlalu gemar makan makanan yang ‘sedap’, anak-anak akan mula menolak sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan yang seimbang kerana mereka tidak suka pada rasa yang ‘tidak sedap’. Gula-gula dan jajan akan menjadi pilihan utama. Ini amat membimbangkan. Nutrisi yang tak seimbang akan membantutkan tumbesaran anak-anak.

Dalam hal ini, ibu bapa dan guru-guru perlu waspada dan mengambil berat tentang pemakanan anak-anak. Kanak-kanak dan gula memang tak dapat dipisahkan. Namun, semuanya harus dilakukan secara sederhana dan terkawal.

kanak-kanak dan gula

Leave a Reply