SALAH FAHAM TENTANG LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Benarkah faedah lawatan sambil belajar dan pembelajaran luar kelas ini berkesan?
Kita kurang didedahkan dengan kebaikan lawatan sambil belajar. Ianya seolah perkara yang asing dan jarang-jarang diadakan untuk para pelajar. Lawatan sambil belajar atau aktiviti pembelajaran di luar kelas sebenarnya mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar setiap peringkat usia termasuk kanak-kanak.
Akan tetapi, tetap saja ada golongan ibu bapa atau guru-guru yang skeptikal terhadap pembelajaran di luar kelas termasuklah aktiviti lawatan sambil belajar. Berikut adalah salah faham yang selalu dikaitkan dengan belajar di luar kelas.
-
Perlu adjust silibus pembelajaran
Selalunya guru-guru rasa membawa anak-anak murid ke luar kelas, membuang banyak masa dan tak dapat mengajar kelas mengikut silibus yang sepatutnya. Ada juga yang berfikiran mereka perlu ada jadual lain untuk pembelajaran luar kelas dan ianya menambah kesempitan kepada jadual pengajaran dan pembelajaran (P&P) sedia ada.
Guru-guru dan sistem pendidikan secara keseluruhannya perlu menyedari bahawa pembelajaran luar kelas bukanlah tambahan subjek dalam silibus sebaliknya cara mengajar silibus. Dengan membawa anak-anak ke luar, ianya menambah kepelbagaian dalam teknik mengajar dan boleh menambah keseronokkan dan fokus anak-anak.
-
Lawatan sambil belajar/pembelajaran luar kelas adalah aktiviti kokurikulum
Aktiviti di luar selalunya dikaitkan dengan bermain, kelas pendidikan jasmani, aktiviti kokurikulum bahkan sebagai rombongan akhir tahun. Jarang sekali ianya diistilahkan sebagai proses pembelajaran. Kebanyakan kajian di luar negara mendapati, outdoor learning dan educational trip membantu meningkatkan kefahaman para pelajar terhadap pembelajaran.
-
Kos terlalu tinggi
Kos juga menjadi punca utama kebanyakkan institusi pelajaran tidak menggalakkan lawatan sambil belajar. Ibu bapa pula tidak memberi sokongan penuh jika kutipan bayaran tambahan dikenakan. Maka, teknik pembelajaran secara konvensional diteruskan secara keseluruhan tanpa menjadikan teknik belajar di luar kelas sebagai alternatif berkesan.
Perlu ditekankan, teknik ‘outdoor learning’ ini tidak semestinya perlu berjalan jauh atau berbentuk pelancongan. Cukuplah sekadar keluar daripada kelas atau kawasan sekolah supaya ada ruang berbeza dan kepelbagaian cara mengajar yang menarik perhatian anak-anak.
-
Keberkesanan yang tak dapat diukur
Belum banyak kajian di negara ini untuk membuktikan keberkesanan teknik belajar di luar kelas/ lawatan sambil belajar. Cara ini belum mendapat sambutan yang menggalakkan daripada Kementerian Pendidikan malah prosedur untuk bergerak ke luar bilik darjah juga agak cerewet.
Hal-hal telah disebutkan di atas menerangkan kenapa Malaysia masih belum menjadikan lawatan sambil belajar/pembelajaran luar kelas sebagai alternatif mengajar. Khalifah Didik sedar akan keberkesanan teknik ini dan mengambil peluang untuk mendedahkan anak-anak dengan persekitaran luar sebagai alternatif pembelajaran.
Edutrip telah berlangsung di Little Caliphs cawangan Khalifah Didik semenanjung dan bakal dijalankan di cawangan Borneo pula. Ikuti kami di Facebook Khalifah Didik!