Cara Mudah Ajar Anak Hafal Quran | Khalifah Didik

ALIF BA TA

Cara Mudah Ajar Anak Hafal Quran di Rumah

Kebanyakan ibu bapa hanya fokus kepada kemahiran bercakap dan membaca ketika anak masih kecil dan terlepas pandang kepada  kemahiran menghafaz Quran. Bukan kerana mereka tidak mementingkan al-Quran, barangkali ibu bapa tidak yakin anak kecil sudah berkemampuan untuk itu.

Ketika berusia 2-6 tahun lah, anak-anak menyerap apa yang diberikan seperti span. Maka ini adalah peluang yang tak boleh disiakan untuk mengajar mereka al -Quran dan menghafaznya.

Pesan Rasulullah, “Orang yang paling baik di kalangan kamu adalah yang belajar dan mengajarkan al-Quran.” (HR al-Bukhari)

MasyaAllah, jom kita lihat cara mudah ajar anak hafal quran di rumah supaya dipraktikkan sesegera mungkin.

1. Biasakan Bacaan Quran

Untuk anak-anak mengetahui kepentingan al-Quran, semestinya ibu bapa perlu menunjukkan contoh terlebih dahulu. Sentiasa perdengarkan bacaan al-Quran kepada anak-anak supaya ianya tidak asing bagi mereka. Jika ibu ayah ada target yang tertentu, ulang surah berkenaan lagi dan lagi.

ajar anak hafal quran2. Gunakan Flash Card

Teknik VAK (visual, auditori dan kinestetik) adalah teknik yang selalu digunapakai di tadika-tadika dalam proses pembelajaran. Ianya memudahkan untuk anak-anak menguasai sesuatu ilmu secara menyeluruh.

Tunjukkan Flash Card potongan ayat hafazan kepada anak-anak. Sebutkan bacaan ayat dari surah berkenaan dengan jelas. >>> Untuk mendapatkan flash card percuma, klik di sini <<<

ajar anak hafal quran3. Bercerita Isi Kandungan

Bercerita adalah kaedah yang sangat menarik untuk menguatkan ingatan anak-anak kepada surah yang dihafal. Ibu ayah boleh luangkan sedikit masa untuk mengulangkaji isi kandungan surah sebelum mula mengajak anak-anak menghafal.

Maksud dan ‘keyword’ setiap ayat juga boleh di ‘highlight’ supaya lebih mudah untuk diingati. Cubalah!

Di tadika cawangan Khalifah Didik , kami mementingkan kualiti hafazan anak-anak. Dapatkan flash card percuma untuk anda ajar anak hafaz quran di rumah!

Leave a Reply