Aktiviti Kemerdekaan Untuk Kanak-kanak | Khalifah Didik

MERDEKA!

Aktiviti Kemerdekaan untuk Kanak-kanak

Syukur kita kini berada di tahun ke 61 kemerdekaan. Perjuangan atuk nenek kita telah membawa kita kepada kesenangan hari ini. Kini, adalah masa untuk kita menerapkan semangat patriotik kepada anak-anak kita pula supaya mereka menjadi generasi yang memartabatkan negara. Jom kita lihat jenis-jenis aktiviti kemerdekaan untuk kanak-kanakĀ 

1. Mewarna Bendera

Perkenalkan bendera, warna dan maksud disebaliknya. Kanak-kanak pasti seronok jika diajak mewarna. Sambil melatih kemahiran mewarna mereka, inilah peluang untuk menanam cinta kepada jalur gemilang. Ajak juga mereka memasang bendera di kawasan rumah.

aktiviti kemerdekaan dengan kanak-kanak2. Menyanyi Lagu Kebangsaan

Lagu-lagu kebangsaan sangat seronok untuk dinyanyikan. Di tadika, pasti guru-guru akan mengajak anak-anak menyanyi lagu Negaraku, Tanggal 31, Jalur Gemilang dan banyak lagi. Ibu ayah juga boleh nyanyi bersama anak-anak di rumah atau di dalam kereta.

aktiviti kemerdekaan untuk kanak-kanak3. Memperkenalkan Tokoh

Bukan mudah untuk bercerita tentang fakta dengan anak-anak jika ibu ayah juga tidak mahir tentangnya. Ibu ayah boleh mula dengan memperkenalkan perdana menteri Malaysia. Ceritakan tentang kronologi kemerdekaan. Dan bersedialah untuk soalan-soalan tanpa henti dari mereka =)

Begitulah aktiviti kemerdekaan untuk kanak-kanak yang dapat ibu ayah lakukan bersama mereka. Semoga semangat cintakan negara dapat diterapkan sejak kecil lagi.

Open Day kami bakal berlangsung pada 7 September 2019. Daftar untuk kemasukan tahun 2020!

Leave a Reply