Skip to main content

SAFETY FIRST

Keselamatan di taska dan tadika perlu diutamakan

Dalam memilih taska dan tadika yang terbaik, keselamatan adalah yang paling perlu ditekankan. Terlalu banyak kes-kes kecuaian yang mengakibatkan kecelakaan. Di sini ada 3 perkara harus ibu bapa beri perhatian dalam menentukan taska/tadika terbaik buat anak-anak.

Childproof Environment

Taska/Tadika yang dipilih oleh ibu bapa mestilah “Child Friendly” atau “Childproof Environment”.
Contoh persekitaran yang selamat adalah pintu pagar yang berkunci, SOP yang lengkap semasa menghantar dan mengambil anak, kawasan yang bebas alatan tajam dan merbahaya dan lain-lain.
 Susunatur ruang pembelajaran dalam bilik darjah haruslah teratur dan tidak terlalu banyak perabot yang akan menyukarkan pergerakan bebas anak-anak.

Bersih dan Kemas

Sememangnya kebersihan perlu dititikberatkan. Kawasan yang kotor, basah dan licin boleh menyebabkan kemalangan. Ibu bapa perlu datang melawat ke kawasan taska/tadika sebelum menghantar anak-anak ke sana. Kawasan yang sedia kotor, mungkin akan memberi kesan kepada penyediaan makanan yang tidak bersih juga.

Pelan kecemasan yang baik

Mempunyai pelan kecemasan yang baik dan efisien bererti sekiranya berlaku hal-hal kecemasan, pihak tadika/taska bersedia dan terlatih untuk mengendalikannya dengan baik. Dan ini termasuklah
• Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap.
• mempunyai alat pemadam api yang dalam keadaan baik.
• Pelan kebakaran yang teliti dan guru-guru peka dengan pelan tersebut.

Pemilihan taska/tadika yang tepat bukanlah semata-mata modul pembelajaran yang bagus. Tetapi keselamatan juga menjadi keutamaan. Di cawangan tadika Khalifah Didik, kami amat menitiberatkan keselesaan dan keselamatan anak-anak sepanjang sesi persekolahan. Lawati Facebook Page kami untuk mengetahui aktiviti terkini anak-anak.

Leave a Reply