Skip to main content

PLAYING IS LEARNING

Contoh-contoh permainan yang boleh menambah keupayaan berfikir anak-anak kecil

As the saying goes, playing is learning.

Untuk anak-anak di bawah usia enam tahun, bermain adalah suatu proses belajar yang membantu perkembangan mereka daripada pelbagai aspek sama ada sensori, daya tahan otot mahupun kognitif.

Perkembangan kognitif boleh ditakrifkan sebagai proses peningkatan keupayaan berfikir seperti – menyelesaikan masalah, memahami, menganalisa dan membentuk pemahaman baru tentang pengalaman baru.

Menjelang usia 6 tahun, kanak-kanak mula memasuki tahap pemikiran yang lebih konkrit. Mereka mula memahami makna dan konsep sesuatu perkara, memahami dan mengingati aturan kejadian dan mula merasakan empati kepada orang lain yang berlainan situasi. Pada waktu inilah waktu terbaik untuk mengajar mereka tentang adab, memberi gambaran senario dan bentuk-bentuk ibadah khusus.

Apakah contoh permainan yang boleh dilakukan?

Lego

belajar sambil bermainMelalui permainan lego, anak-anak belajar merancang dan membina. Permainan ini akan meningkatkan kemahiran kreatif seperti mencipta bangunan atau kenderaan mengunakan lego.

Eksperimen Sains

Ibu bapa atau guru-guru boleh dedahkan mereka kepada konsep dan teori sains yang mudah melalui eksperimen yang pasti mengujakan. Magic!

belajar sambil bermainAktiviti luar + Pelajaran

Eh macam mana tu? Anak-anak sangat gemar bila diajak bermain di luar. Tetapi kita boleh mengambil peluang ini untuk mengajar mereka tentang ilmu baru. Sama ada memperkenalkan alam sekitar, pokok-pokok dan binatang atau ilmu mengira dan membaca. Memang banyak manfaatnya belajar di luar.

belajar sambil bermain

Jangan lupa untuk sentiasa memberi sokongan kepada anak-anak walau bagaimanapun cara belajar mereka. Beri peluang untuk mereka menerokai dunia di samping kita cuba menerapkan ilmu baru kepada mereka. Yang penting, jangan lupa untuk berseronok!

Follow kami di Facebook Page Khalifah Didik untuk mengetahui perkembangan anak-anak di tadika kami menerusi kaedah pembelajaran yang pelbagai.

Leave a Reply