Skip to main content

PLAYING IS LEARNING

Antara kebaikan lawatan sambil belajar dan pembelajaran di luar kelas

Tahukah tuan-puan bahawa Pembelajaran Luar Kelas adalah penting buat anak-anak kecil?

Tidak dinafikan bahwa anak-anak gemar bermain. Anak-anak selalu terlihat sangat aktif saat mengembara di luar rumah tetapi terlalu sukar untuk fokus pada waktu belajar. Pada sekitar usia bayi hingga kanak-kanak 6 tahun, bermain bukanlah bererti membuang masa. Ibu bapa tidak perlu risau dengan prestasi pembelajaran anak-anak. Hal ini kerana, masih terlalu awal untuk anak-anak duduk dan belajar secara formal. Pun begitu, perkembangan anak-anak amat penting pada waktu ini.

Johnny Glamour presents his fitness videotape at Mai dire gol – Play Cult Video | Mediaset Play sagra menu cagliari: 🌟🌟🌟anita cavallona🌟💦🔞trans fitness ⭐️ 🔞22cm very active full of milk🔞💦🐷

Belajar di luar kelas atau bermain di luar rumah adalah bertujuan memberi pendedahan tentang ‘real-world experience’. Jom kita lihat kenapa pembelajaran luar kelas penting untuk anak-anak.

  • Belajar Lebih Efektif

Belajar akan lebih efektif apabila melibatkan aktiviti yang anak-anak gemari. Perasaan gembira ketika bermain memudahkan penyerapan ilmu baru dan merangsang semangat untuk berinteraksi.

“First there is emotion; after that comes cognition,” said Frank Thissen, a Multimedia Didactics and Intercultural Communication professor at the University of Applied Sciences in Stuttgart, Germany.

“Yang pertama adalah emosi, kemudian kognisi*” – Frank Thissen

Dalam kajian Professor Thissen berkenaan peranan emosi dalam e-Learning, beliau mengulas lanjut bahwa emosi negatif mampu membuat kita mengingati data sehingga sekecil-kecil perkara, tetapi emosi positif membantu kita mengingati hal-hal yang lebih kompleks.

*Kognisi = proses dalam otak manusia untuk menafsir, mempelajari dan memahami sesuatu.

  • Menjana Kreativiti & Imaginasi

Pembelajaran di luar kelas dapat menjana kreativiti anak-anak terutama ketika mereka berinteraksi secara langsung dengan alatan mainan dan perkakas yang disediakan. Pernahkah ibu dan ayah melihat bagaimana anak-anak menyusun bantal menjadi bentuk gua? Atau kertas yang digumpal dan dianggap bola? Alatan yang ringkas cukup untuk menjana imaginasi mereka.

Perkenalkanlah dunia luar untuk menambah kesenian dalam fikiran mereka.

  • Menerapkan Nilai Murni

Kelebihan belajar di luar kelas adalah ilmu tidak terbatas kepada yang tertulis di buku sahaja. Ibu bapa mahupun guru, dapat mengambil peluang untuk mengajar anak-anak tentang tatacara kehidupan seharian.

Contohnya, cara-cara melintas jalan atau membuang sampah dengan tepat ke dalam tong sampah kitar semula. Adab dan disiplin ini hanya dapat dilatih apabila anak-anak didedahkan dengan situasi sebenar.

  • Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Ilmu dan proses pembelajaran selalu mewujudkan tanda tanya kepada minda anak kecil kita. Ilmu yang dikupas secara formal di dalam kelas sangat terbatas serta boleh menyebabkan anak-anak bosan dan hilang fokus.

Keadaan di luar kelas dapat menarik perhatian mereka dan mencetus banyak persoalan baru. Sel-sel otak sedang berhubung, jadi ibu ayah dan guru harus bersedia dengan soalan yang ‘mencabar’ daripada mereka!

  • Memberi Galakan untuk Bercita-cita Tinggi

Anak-anak sangat mudah terinspirasi dengan perkara-perkara hebat. Elsa boleh membentuk ais, adik nak jadi Elsa! Superman boleh terbang jadi adik pun nak terbang!

Di sini kita dapat mengambil peluang untuk memperkenalkan superhero sebenar seperti bomba, doktor, angkasawan dan penjaga haiwan di zoo. Kenalkan mereka dengan kehebatan setiap tugas superhero kita dengan membawa mereka melawat ke tempat-tempat superhero ini berkhidmat.

Ianya dapat membuka mata anak-anak kecil tentang kehebatan anggota penyelamat ataupun kecanggihan teknologi yang digunakan. Hal ini bakal merangsang minat anak-anak dan memberi motivasi kepada mereka untuk bercita-cita tinggi dan realistik.

….

Pada 5 hingga 13 Mac ini, anak-anak di Tadika Khalifah Didik bakal menghadiri lawatan sambil belajar. Daftarkan anak-anak di tadika kami untuk pelbagai aktiviti menarik yang kami anjurkan buat anak-anak.

Leave a Reply