Motor Halus: Apa Ibu Bapa Perlu Tahu | Khalifah Didik

REACHING MILESTONES

Perkembangan Motor Halus dan Apa Perlu Ibu Bapa Tahu

Motor Halus adalah keupayaan mengawal pergerakan otot-otot kecil seperti pergelangan tangan dan jari-jari.

Kemahiran mengawal motor halus dengan baik akan membantu perkembangan anak-anak ketika membesar di sekolah nanti. Berbeza dengan zaman ibu ayah dulu, kita berpeluang untuk meneroka alam luar dengan bebas. Dengan itu, kemahiran motor halus dan kasar akan terasah secara semulajadi.

Kemahiran motor halus dipengaruhi oleh 3 elemen di bawah iaitu:

  • kekuatan – daya kekuatan jari untuk memegang sesuatu objek
  • koordinasi – bagaimana kita mengawal jari untuk bergerak
  • sensori – jika anak mempunyai masalah sensori untuk memegang sesuatu objek atau pun tidak

Penting untuk ibu ayah ambil perhatian tentang hal ini dan dedahkan aktiviti-aktiviti bersesuaian kepada anak-anak.

motor halus1.Bola pompom

Aktiviti ini memerlukan anak untuk menggunakan jari untuk mengambil bola pompom itu dan mengalihkannya ke bekas lain. Setelah lulus menggunakan jari, ibu ayah boleh mengajarkan anak menggunakan penyepit pula.

motor halus2. Bermain doh

Doh boleh diuli, digenggam, dipicit sesuka hati. Walaupun nampak seperti permainan biasa, tujuannya adalah mengajar anak menyalurkan jumlah tenaga yang tepat ke pada tapak tangan dan hujung jari.

3. Menampal dan Mengoyak Kertas

Oh no. Bukan suruh buat sepah. Ajarkan cara mengoyak kertas kepada mereka, bermula dengan saiz yang besar hingga ke saiz yang lebih halus. Jangan lupa ajar juga mereka kemas semula.

Kelambatan dalam perkembangan motor halus ini, boleh mengakibatkan dispraxia. Semoga ibu ayah semua gigih dan kreatif ye. Jangan lupa untuk luangkan masa bersama anak-anak!

Leave a Reply