Penjagaan Gigi Kanak-kanak | Khalifah Didik

SMILE!

Cara Penjagaan Gigi Kanak-kanak yang Perlu Ibu Bapa Tahu

Penjagaan gigi kanak-kanak harus bermula sejak masih bayi lagi. Walaupun gigi susu adalah gigi belum kekal, kesihatan gigi susu dan gusi pada ketika masih kanak-kanak menentukan tumbesaran yang baik bagi gigi kekal. Jom kita lihat bagaimana cara penjagaan gigi kanak-kanak dan apa yang patut ibu bapa amalkan.

penjagaan gigi kanak-kanakGosok Gigi Sejak Bayi

Cara membersihkan bahagian dalam mulut berbeza mengikut usia. Tetapi anak-anak wajar dibiasakan dengan kewajipan membersihkan gigi sejak bayi lagi.

Bersihkan bahagian dalam mulut bayi dengan menggunakan kain yang bersih. Pilihlah kain yang lembut dan lembab kemudian gosok perlahan gusi dan lidah bayi. Ianya bertujuan membersihkan sisa susu yang tertinggal di dalam mulut bayi. Lakukan selepas bayi menyusu dan sebelum waktu tidur.

Bagi anak-anak yang sudah mula tumbuh gigi, boleh menggunakan berus gigi dan ubat gigi berfluorida mengikut kesesuaian.

penjagaan gigi kanak-kanakMenjaga Pemakanan

Makanan yang diambil oleh anak-anak harus dikawal oleh ibu bapa. Gula-gula, aiskrim, makanan ringan dan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi boleh menganggu kesihatan gigi. Gula dalam makanan membentuk bakteria dalam mulut dan mereputkan gigi secara perlahan-lahan sekiranya tiada tindakan diambil bagi memastikan kebersihan gigi dan mulut.

Gigi rongak? Ibu ayah perlu risau jika tak melatih anak-anak menjaga gigi mereka dari awal.

penjagaan gigi kanak-kanakPemeriksaan Gigi Setiap Tahun

Galakkan pemeriksaan gigi pada setiap tahun supaya doktor dapat memastikan gigi anak anda berada dalam keadaan terbaik. Jangan menakut-nakutkan mereka dengan tingkah laku doktor sehingga mereka trauma untuk mendapatkan rawatan. Pentingnya pendidikan dan galakan sejak kecil supaya gigi kekal sihat untuk jangka masa yang panjang.

Jom ikuti perkembangan kami di Facebook Page Khalifah Didik untuk info semasa!

Leave a Reply