ATLET CILIK
Kepentingan sukan kepada kanak-kanak dan mengapa ibu bapa perlu beri galakan untuk mereka bersukan
Anak-anak semulajadi aktif dan tenaga yang banyak seringkali menjadikan mereka ‘tak boleh duduk diam’ sehingga penat ibu ayah nak melayan. Bersukan adalah alternatif untuk memanfaatkan tenaga mereka. Ia juga mendatangkan banyak lagi manfaat lain. Jom kita tengok 3 kepentingan sukan kepada kanak-kanak.
1. Perkembangan Motor Halus dan Kasar
Kemahiran motor halus ialah kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan untuk membuat gerakan. Pergerakan ini melibatkan otot-otot kecil pada tangan, jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Kemahiran motor kasar pula adalah kemahiran pergerakan yang membabitkan sendi-sendi besar iaitu sendi di bahagian atas badan dan sendi di bahagian bawah badan.
Anak yang kurang menguasai kemahiran motor halus akan ketinggalan untuk mengusai kemahiran peringkat seterusnya seperti mengawal pensel – dia akan lambat belajar menulis. Begitu juga kemahiran motor kasar yang kurang menjadikan kawalan otot anak-anak juga lemah.
Aktiviti bersukan menjadikan anak-anak dapat memperoleh perkembangan motor halus dan kasar yang secukupnya.
2. Melatih Disiplin
Bersukan sememangnya melatih disiplin dalam diri setiap individu. Rutin latihan dan arahan jurulatih yang harus ditepati, mengajar kanak-kanak (mahupun orang dewasa) untuk lebih berdisiplin dan patuh.
3. Menambah Keyakinan Diri
Yakin diri adalah sifat yang susah untuk diterapkan kepada anak-anak. Merasa diri kurang berkebolehan, takut apabila di khalayak dan cemas jika melakukan sesuatu sambil diperhatikan. Apabila bersukan, perhatian anak-anak akan fokus kepada permainan yang sedang dipertandingkan. Mereka tidak sedar mereka sedang diuji dan ada di tengah orang ramai. Di sinilah peluang untuk kita membiasakan mereka dengan aktiviti seperti ini, seterusnya menambah keyakinan diri anak-anak.
Setiap tahun, tadika di bawah seliaan Khalifah Didik akan mengadakan HARI SUKAN untuk terus-menerus memberikan manfaat kepada anak-anak di tadika kami.
Ikuti perkembangan kami di facebook page KHALIFAH DIDIK!