Soal Jawab Anak-anak Tentang Qurban | Khalifah Didik

ASK MAMA

Soal jawab anak-anak tentang qurban dan bagaimana mama nak menjawabnya

Mama kenapa? Ayah kenapa macam tu? Kat mana? Takpe ke macam tu?

Haaa begitulah kebiasaannya berhadapan dengan soalan-soalan daripada anak-anak yang bijak pandai ini. Kadang-kadang hilang sabar juga nak melayan soalan taraf KBKK (Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif) tinggi mereka. Tapi mama papa jangan cepat mengalah, sikap ingin tahu ini adalah peluang terbaik untuk mengajarkan mereka ilmu ibadah dan menerapkan akhlak yang baik.

Sempena ibadah qurban yang bakal kita laksanakan nanti, kami kongsikan soal jawab yang sering berlaku di tadika dan bagaimana mama papa boleh menjawabnya jika ditanya di rumah pula.

soal jawab anak-anak tentang qurban

Qurban tu apa?

Ibadah qurban adalah proses menyembelih binatang. Kemudian dagingnya kita sedekahkan kepada orang ramai.

Sembelih tu macam mana?

Kita gunakan pisau yang tajam dan potong bahagian leher binatang sehingga putus urat merih (saluran makanannya)

Binatang tu sakit tak?

Kita buat dengan penuh kasih sayang. Ibadah qurban sama seperti kita buat ibadah yang lain. Mesti lakukan dengan cermat dan niatkan untuk Allah. Guna pisau yang tajam supaya urat binatang putus dengan cepat tanpa menyakitkannya.

 

soal jawab anak-anak tentang qurban
Kenapa perlu buat ibadah korban ?

Ibadah qurban ini kita lakukan seperti Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Allah perintahkan supaya Nabi Ibrahim menyembelih anaknya. Walaupun terlalu sayangkan Nabi Ismail, Nabi Ibrahim tetap mengikut perintah Allah dan ketika itulah, Allah gantikan dengan kibas (kambing biri-biri).

Melalui kisah ini,

  • Kita dididik supaya tidak terlalu sayang kepada harta-harta dunia.
  • Kita mesti berkongsi rezeki dan nikmat dengan golongan yang kurang bernasib baik.

Bilakah waktu untuk menyembelih haiwan qurban?

Waktu yang dibolehkan untuk menyembelih haiwan qurban ialah dari masa khatib turun dari atas mimbar selepas khutbah pada 10 Zuhijjah sehingga terbenam matahari tarikh 13 Zulhijjah. Ibadah tidak sah dilakukan pada malam Hari Raya Aidil Adha ( 10 Zulhijjah ) atau pada malam 14 Zulhijjah.

Haiwan apa yang kita boleh sembelih? Kucing boleh ke?

Binatang yang boleh disembelih adalah binatang ternakan yang berkaki empat. Kebiasaannya kita gunakan Lembu, Kambing, Kerbau dan Unta. Kucing walaupun berkaki empat tapi dia bukan haiwan ternakan dan tidak boleh dimakan.

Kesiannya…

Sebab itu kita tidak boleh kejam terhadap binatang. Kita tidak boleh menyakitinya dengan pukulan atau herdikan.

Tidak boleh ketawa atau mengejek-ejek haiwan yang akan disembelih. Berlaku ihsan dan tawaduk dalam ibadah. Jangan lupa untuk baca bismillah.

Setiap darah yang tumpah semuanya akan menjadi pahala yang akan bawa kita ke syurga. Nak masuk syurga tak?

soal jawab anak-anak tentang qurban

Ha… begitulah serba sedikit cara untuk menjawab soalan cepumas dari anak-anak pintar kita. Sikap ingin tahu mereka ini adalah peluang untuk kita manfaatkan. Jangan lupa untuk kongsikan soal jawab anak -anak tentang qurban ini kepada rakan-rakan anda.

Leave a Reply