Bakat Anak Kecil | Khalifah Didik

LITTLE MUSLIM VOICE

Mencungkil Bakat Kanak-kanak

Tahun ini adalah tahun kedua, Khalifah Didik mengadakan suatu acara yang menguji bakat kanak-kanak yang dinamakan Little Muslim Voice (LMV)

Apakah yang menarik tentang LMV ini?

bakat anak kecil1. Membina Keyakinan Diri

Dengan mengadakan pertandingan seperti ini, ianya adalah langkah pertama untuk membiasakan anak-anak dengan suasana yang mendebarkan. Anak akan berasa malu dan cemas pada permulaan kerana interpersonal skillnya belum terjana dengan baik.

Bahkan orang dewasa pun tidak ada kemampuan yang baik untuk melakukan public speaking atau presentation kerana interpersonal skill dan keyakinan diri tidak diasah sejak kecil.

 2. Menguji Kefahaman Ilmu

Anak-anak di tahap pra sekolah masih terlalu awal untuk diuji dengan peperiksaan. Tetapi apabila diadakan pertandingan dalam beberapa kategori, para guru dapat melihat seberapa ramai anak-anak murid yang telah mampu memahami apa yang diajarkan di dalam kelas. Little Muslim Voice melibatkan kategori St0rytelling Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Azan dan Hafazan.

Setiap ilmu ini telah diajarkan di dalam silibus Little Caliphs.

bakat anak kecil3. Melatih kreativiti

Walaupun semuanya dipersiapkan oleh guru-guru atau ibu bapa, di sinilah peluang untuk mengajak anak-anak mencuba kreativiti mereka tersendiri. Dari segi gaya persembahan, alunan suara dan jenis pakaian yang ingin diperagakan. Bakat anak-anak dapat diserlahkan sedikit demi sedikit apabila mereka melibatkan diri dengan acara kurikulum seperti ini.

Menarik kan? Pelbagai inisiatif dilakukan di Khalifah Didik untuk memberi pendedahan terbaik dan mencungkil potensi anak-anak. Ikuti perkembangan kami Facebook Khalifah Didik

 

Leave a Reply