Umur 6 Tahun Belum Pandai Membaca - 5 Tips Simple Untuk Anda | KD

Anak Saya Dah Umur 6 Tahun Tapi Belum Pandai Membaca. Anak Orang Lain Dah Ramai Yang Pandai Membaca Seawal 6 Tahun.

Haaa.. Pertanyaan ini lah yang selalu menjadi tanda tanya kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak. Jom kita tgok. Macam mana cara mudah untuk ajar anak kita pandai membaca seawal umur 4-6 tahun.

1) Q : Macam mana nak ajar anak membaca?

A : Start je baca dulu. Dengan sendirinya anda sudah pun mengajar anak anda membaca.

2) Q : Macam mana pula nak buat anak minat membaca?

A :Simpan gadjet dan tutup televisyen. Cuba kita jadi penglipur lara. Menjadi pelakon dan bercerita kepada anak-anak. Dia pasti akan teruja dan membaca pula buku tersebut.

3) Q : Macam mana nak buat anak cepat membaca?

A : Sabar… ulang baca… sabar… ulang baca. Membaca perlu proses.

4) Q : Kenapa anak orang lain cepat membaca, anak saya lambat sedangkan umurnya sudah 6 tahun?

A : Lambat cepat bukan anda atau guru penentu. Teruskan membaca dan gunalah senjata paling power iaitu DOA.

5) Q: Adakah anak saya berumur 6 tahun berpotensi untuk pandai membaca seperti anak orang lain?

A: Anda rasa?

Membaca memerlukan satu proses yang panjang. Nak anak pandai perlulah bersabar. Makanya… lakukan proses-proses tersebut.

1) Ajak anak ke perpustakaan

2) Beli buku yang menarik

3) Buat aktiviti membaca sambil bermain.

4) Boleh juga tampal cerita-cerita pendek di dalam bilik mereka atau ruang-ruang yang mudah mereka lihat. Supaya mereka biasa dengan abjad.

5) Parents juga perlu rajin membaca. Tunjuk kepada anak-anak yang anda juga suka membaca.

 

Menarik? Kongsikan kepada kawan-kawan anda yang lain.

Semoga bermanfaat.

Join the discussion 3 Comments

Leave a Reply