Cara Pujuk Anak Ke Sekolah Tadika
Sebagai ibu bapa, kita seharusnya memainkan peranan dalam mendidik anak kita. Bagaimana nak atasi atau memujuk anak kita untuk suka ke tadika?
Jom kita tengok tips-tips terbaik untuk bagi anak kita suka ke tadika.

1. BERI PENDEDAHAN AWAL
Sebelum menghantar anak ke tadika buat pertama kali, kita sebagai ibu bapa haruslah memberi gambaran awal dan mendedahkan anak-anak dengan situasi atau persekitaran bakal tadika yang mana mereka bakal di hantar. Ceritakan suasana positif dan keseronokan di sana seperri ramai kawan, guru yg baik serta tempat permainan.
2. LAWATAN KE TADIKA
Setelah memberi pendedahan awal, bawalah anak-anak ke tadika tersebut agar mereka tidak akan rasa asing pada hari pertama. Kenalkan anak-anak kepada guru dan kawan-kawan agar mereka mudah mesra.
3. LATIHAN BANGUN AWAL
Kanak-kanak seawal umur 4-6 memang sukar bangun pagi. Pastikan sebulan sebelum bermulanya sesi persekolahan kita melatih mereka untuk tidur dan bangun awal. Pastikan anak bersiap awal supaya kita sendiri tidak akan kelam kabut melayan kerenah mereka.
4. BELIKAN ALAT TULIS WATAK KARTUN KEGEMARAN
Ini adalah salah satu cara terbaik untuk memujuk anak-anak supaya berminat pergi ke tadika. Mereka akan bersemengat dan gembira untuk ke tadika insyaAllah.
5. JANGAN AMBIL LAMBAT
Kanak-kanak tidak suka jika kita mengambil mereka lambat . Sila jauhi masalah ini kerana dikhuatiri kelewatan kita akan menjadi punca mogok mereka keesokan harinya.
6. JALINKAN HUBUNGAN YANG BAIK
Pastikan kita menjalinkan hubungan yang baik dengan pengasuh dan guru di taska dan tadika agar ia dapat menimbulkan keyakinan kepada anak dan mereka berasa selamat dan sepanjang di taska. Jika berkesempatan , berikan pujian untuk anak dihadapan pengasuh dan guru bagi menghilangkan ketakutan dan debaran di hatinya.
Recent Comments