Skip to main content

BINA KEYAKINAN ANAK

Cara pantas untuk tingkatkan keyakinan dan keberanian anak

“Saya nak jawab Teacher, saya!” kata Aisyah sambil mengangkat tangannya.

Anak itu seperti biasanya antara anak yang paling aktif di dalam kelas. Dia jugalah yang paling pintar di kalangan kawan-kawannya.

“Okey, Aisyah.” Saya memberi peluang untuk Aisyah menjawab.
Setelah itu saya mengutarakan lagi beberapa soalan. Aisyah memang antara yang paling pantas mengangkat tangan dan keyakinan dirinya sangat tinggi tetapi dalam masa yang sama mata saya memerhatikan seorang anak yang berada di sebelah Aisyah.

Lara… Anak itu sedari tadi hanya diam tetapi dari raut wajahnya seperti mahu menjawab soalan saya itu. “Lara nak jawab?” tanya saya.
Dia terkejut apabila saya bertanya, dia terus menunduk. Seisi kelas memberi perhatian kepadanya.

“Teacher tahu Lara nak jawab. Lara memang tahu jawapan tu kan?” kata saya.
Dia menggeleng sambil memandang saya. Tetapi saya yakin dia mahu menjawab.

“Okey, cuba bisik dekat Teacher apa jawapannya,” kata saya.

Setelah lama menanti, dia akhirnya berbisik. Ya! Jawapannya memang betul. Tetapi dia seperti takut-takut mahu memberi jawapan.

Jadi parents, jom tengok bagaimana untuk bina keyakinan diri anak:

1) Beri perhatian

Berikan perhatian yang lebih kepada anak tersebut. Walaupun dia malu untuk menonjolkan diri, latih dia untuk membiasakan diri. Buat secara konsisten ya.

2) Beri pujian

Setiap perkara yang dilakukan oleh anak ini haruslah diberi pujian agar tingkat keyakinannya meninggi dan berasa seronok melakukan perkara tersebut.

3) Beri sokongan

Walaupun perkara yang dilakukan tidak seberapa tetapi tetap sokong agar keyakinannya kian menumbuh untuk melakukan sesuatu.

bina keyakinan diri anak4) Hasilkan aktiviti bersama

Perbanyakkan aktiviti dengan anak-anak ini. Kalau boleh ajak kawan-kawan datang ke rumah. Atau masukkan anak-anak ke kelab-kelab sesuai. Contohnya kelab taekwando, kelas mengaji atau kelas art.

5) Ajar anak untuk bertanggungjawab

Terapkan dalam diri anak untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.
Biasakan memberi tugas di rumah sambil menasihati mereka untuk lakukan tugas tersebut sampai selesai.

Jadi, berdasarkan tips-tips yang telah dikongsikan, para ibu bapa boleh lah mencuba mempraktikkan supaya dapat membina keyakinan diri anak. InsyaAllah.

Menarik? Kongsikan kepada kawan-kawan anda yang lain.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply