Skip to main content

CARA ELAK ANAK BERGADUH

 

Anak Asyik Bergaduh? Guna 5 Tips Ini Untuk Elak Anak Bergaduh | KD 

 

  1. LERAIKAN PERGADUHAN 

Ketika berlaku pergaduhan, hentikan dengan segera. Pisahkan adik dan abang supaya pergaduhan tidak melarat. Namun jika masih di tahap biasa, bukan tahap memukul atau mencederakan iaitu sekadar mahu berebut barang, lihat dahulu apa yang bakal berlaku. Biar mereka belajar bagaimana untuk menanganinya sendiri.

  1. TENANGKAN ANAK YANG KENA PUKUL

Dalam keadaan abang yang mungkin kesakitan dipukul adik, kita perlu menenangkan si abang dahulu. Pujuk dan lihat tempat yang sakit. Letak ubat jika perlu. Adik yang memukul tadi pasti sedang memerhati. Biarkan dia. Dia mungkin sedang marah, geram atau tidak puas hati.

  1. NASIHAT ANAK YANG PUKUL

Apabila abang sudah berhenti menangis, tugas untuk menasihati adik pula. Lihat keadaannya dahulu. Adakah dia masih marah dan cuba cari punca kemarahannya. Kemarahan mungkin disebabkan masalah kominikasi. Mungkin si abang tidak memahami si adik dan si adik marah. Tanya dengan baik kenapa adok melakukan perkara tadi. Ajak dia berbual-bual bukan menyoal siasat. Ini adalah cara halus dari ibu bapa untuk elak anak bergaduh dengan menyentuh fizikal.

  1. ELAKKAN MENJERIT

Dengan perlahan-lahan kita tunjukkan cara yang betul untuk bermain. Kita mengajar anak untuk menangani kemarahan dengan cara kita menunjukkan bagaimana kita mengendalikanmasalah ini di hadapan mereka. Ibu tidak perlu terus marah atau menjerit. Bila mula menjerit, itu sudah menunjukkan petanda yang tidak baik. Jika kita terus menjerit untuk menghentikan pergaduhan, maka anak akan menganggap cara itu boleh diterima. Selagi ibu tidak menjerit, selagi itu mereka tidak akan diam.

  1. NASIHAT SECARA BERTERUSAN

Nasihat dan terus nasihat. Ini adalah proses yang berterusan. Nasihat melalui gurau senda dan bercerita. Segera memuji jika anak melakukan sesuatu yang baik. InsyaAllah anak-anak dapat berkelakuan baik. InsyaAllah masalah anak asyik bergaduh dapat diselesaikan.

Anak juga mempunyai hak untuk dihormati. Mereka tidak mahu disakiti dan tidak suka juga kita mejerit kepada mereka. Mereka belajar menghormati dengan melihat bagaimana kita menghormati mereka.

Sebagai ibu bapa, kita juga perlu bertindak adil dan tidak

memilih kasih. Kita juga perlu menjadi contoh yang baik kepada anak-anak.

Sebaik-baiknya, didiklah anak mengikut cara islam yakni mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W

Anak Asyik Bergaduh? Guna 5 Tips Ini Untuk Elak Anak Bergaduh | KD

 

Menarik? Kongsikan Kepada Kawan-Kawan Anda Yang Lain.

Semoga Bermanfaat.

Leave a Reply