Cara Elak Anak Melekat Dengan Handphone & Gadjet
Kemajuan teknologi menjadi cabaran besar buat ibubapa kini. Dengan adanya rancangan menarik di televisyen, permainan video di ipad dan tablet membawa kecenderungan minat atau ketagihan buat anak-anak yang ‘24 jam’ ingin bersama gadjet. Tidak dinafikan juga sikap ibubapa yang sentiasa menyogok anak dengan gadjet untuk mengalih perhatian mereka.
Banyak kesan negatif kepada anak-anak jika tiada pengawasan yang baik terhadap minat mereka. Emosi akan mudah terganggu, membantutkan kreativiti dan menyebabkan anak-anak kekok untuk berinteraksi dengan orang lain. Hal ini membimbangkan. Oleh itu 6 cara mudah ini dapat membantu mengawal anak-anak daripada ketagihan gadjet.
Tunjukkan Contoh
Simpan telefon bimbit, tablet dan komputer riba anda untuk beberapa jam setiap hari. Libatkan diri dengan melakukan aktiviti lain. Gunakan waktu ini untuk meluangkan masa bersama keluarga dan anak-anak. Jika anda perlu melakukan pekerjaan menggunakan telefon bimbit dan komputer riba, jangan lakukan ketika bersama keluarga. Mungkin boleh dilakukan ketika anak-anak sedang tidur.
Ubah Rutin
Libatkan anak-anak dalam aktiviti yang memerlukannya meninggalkan gadjet, ipad dan televisyen. Tukar rutinnya dan pastikan masa luangnya tidak sinonim dengan masa menonton dan bermain gadjet.
Tetapkan peraturan dan masa
Disiplinkan anak-anak anda dengan menghadkan masa penggunaan gadjet, ipad dan menonton televisyen. Mungkin 30 minit atau 1 jam sahaja dalam sehari. Jadikan itu satu kebiasaan supaya mereka tahu berapa lama mereka boleh menggunakan, bermain dan menonton.
Jangan jadikan tabiat belajar melalui gadjet
Sudah tentu mudah untuk membiarkan anak-anak belajar menonton video di tab anda, tetapi adakah anda menyedari bahawa anda secara perlahan menyumbang ketagihan anak-anak untuk bersama gadjet? Risikonya kita dapat lihat kebanyakan kanak-kanak cenderung untuk sukar membaca dan menulis kerana mereka terdedah kepada pembelajaran melalui video pada usia muda.
Galakkan aktiviti luaran
Bermain di luar akan membantu anak-anak belajar bercampur dan bermain dengan anak-anak yang lain. Pada masa yang sama, ia juga membantunya membina kemahiran motor kasar ketika dia berjalan di sekitar tanah dan bermain beberapa permainan luar.
Jemput rakan-rakan dan saudara-mara
Jika ada masa terluang apakata anda jemput rakan-rakan atau saudara-mara yang rapat dengan anak-anak untuk melakukan aktiviti bersama. Setkan aktiviti menarik buat mereka. Dengan pendekatan ini mereka akan teruja untuk terlibat secara langsung dalam pelbagai aktiviti bersama tanpa menghiraukan gadjet, televisyen dan ipad.
Terima kasih meluangkan masa membaca artikel ini. Semoga memberi lebih banyak manfaat kepada anda untuk menjadi ibubapa yang lebih memahami anak-anak. Jika anda inginkan info-info lain bolehlah subscribe dan jangan lupa share artikel ini ya.
Mencari tadika terbaik untuk anak anda? Dapatkan info terkini tentang Tadika Khalifah Didik yang telah membantu ramai anak-anak yang dapat membaca dan solat seawal usia 4 tahun. Bahkan Tadika Khalidah Didik juga mempunyai silibus pembelajaran yang baik dan menyeronokkan buat anak-anak.
Recent Comments