Anak Saya Dah Umur 6 Tahun Tapi Belum Pandai Membaca. Anak Orang Lain Dah Ramai Yang Pandai Membaca Seawal 6 Tahun.
Haaa.. Pertanyaan ini lah yang selalu menjadi tanda tanya kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak. Jom kita tgok. Macam mana cara mudah untuk ajar anak kita pandai membaca seawal umur 4-6 tahun.
1) Q : Macam mana nak ajar anak membaca?
A : Start je baca dulu. Dengan sendirinya anda sudah pun mengajar anak anda membaca.
2) Q : Macam mana pula nak buat anak minat membaca?
A :Simpan gadjet dan tutup televisyen. Cuba kita jadi penglipur lara. Menjadi pelakon dan bercerita kepada anak-anak. Dia pasti akan teruja dan membaca pula buku tersebut.
3) Q : Macam mana nak buat anak cepat membaca?
A : Sabar… ulang baca… sabar… ulang baca. Membaca perlu proses.
4) Q : Kenapa anak orang lain cepat membaca, anak saya lambat sedangkan umurnya sudah 6 tahun?
A : Lambat cepat bukan anda atau guru penentu. Teruskan membaca dan gunalah senjata paling power iaitu DOA.
5) Q: Adakah anak saya berumur 6 tahun berpotensi untuk pandai membaca seperti anak orang lain?
A: Anda rasa?
Membaca memerlukan satu proses yang panjang. Nak anak pandai perlulah bersabar. Makanya… lakukan proses-proses tersebut.
1) Ajak anak ke perpustakaan
2) Beli buku yang menarik
3) Buat aktiviti membaca sambil bermain.
4) Boleh juga tampal cerita-cerita pendek di dalam bilik mereka atau ruang-ruang yang mudah mereka lihat. Supaya mereka biasa dengan abjad.
5) Parents juga perlu rajin membaca. Tunjuk kepada anak-anak yang anda juga suka membaca.
Tips yang bagus.
Anak cepat membaca, ibu ayah kena siap sedia dengan seribu satu persoalan.cth,apa maksud perkataan ini, itu
Sebab mereka tahu baca, tapi masih belum faham semua makna, jadi ibu ayah kena explain .
Betul puan. Ibu bapa perlu memberi komitmen dalam menjalankan peranan menjelaskan sesuatu perkara kepada anak-anak 🙂
Sabar dan ulang tu memang setuju sangat.
Bukan senang nak sabar bila ajar anak sendiri ni..