Skip to main content

MUZIK DAN KANAK-KANAK

Meneroka dunia muzik dan kanak-kanak dan bagaimana muzik dapat memberi manfaat kepada mereka

Sejak daripada kandungan lagi, anak telah terbiasa dengan bunyi rentak yang berada disekelilingnya. Malah sering dikatakan muzik pertama anak-anak adalah degupan jantung ibunya. Jadi tidak hairanlah anak kecil sudah mula pandai memberi respon kepada rentak-rentak muzik dengan menggoyangkan badannya. Namun begitu, muzik bukanlah untuk hiburan semata-mata. Sebenarnya muzik mempunyai banyak manfaat kepada anak-anak. Jom kita lihat 4 manfaat penting muzik terhadap kanak-kanak.

muzik dan kanak-kanak

Muzik Membantu Perkembangan Bahasa

Kajian membuktikan bahawa muzik meningkatkan kadar celik huruf di kalangan kanak-kanak. Melalui muzik kanak-kanak mengenal bunyi huruf dan perkataan. Lagu ABC antara lagu awal yang memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang turutan huruf.

Kosa kata baru juga dapat dipelajari melalui lagu. Nyanyian seperti “Bila rasa gembira, tepuk tangan” –  diiringi dengan pergerakan tepuk tangan, memberi anak-anak penjelasan secara tidak langsung bahawa ‘tepuk’ adalah kata kerja dan pergerakannya adalah seperti bertepuk tangan.

muzik dan kanak-kanak

Muzik Meningkatkan Daya Fikir

Muzik seperti biasa mampu menguatkan ingatan. Bukan sekadar di peringkat kanak-kanak, orang dewasa juga banyak mengambil manfaat untuk menghafal sesuatu melalui irama dan rima. Ini adalah peluang yang baik untuk menerapkan sebarang ilmu awal kepada anak-anak melalui muzik kerana ianya menarik dan boleh bertahan lebih lama dalam ingatan mereka.

‘Audiation in music is like thinking in language.’ – Lili Levinowitz

Konsep audiation ini adalah bagaimana otak manusia memproses dan memahami sesuatu muzik. Menurut Lili Levinowitz – profesor pendidikan muzik di Rowan University of New Jersey, Glassboro otak manusia boleh mengembangkan daya fahaman muziknya melalui nyanyian dan tarian.

Audiation adalah berfikir secara muzikal atau berfikir tentang muzik walaupun tanpa kehadiran muzik. Pernahkah anda melihat anak-anak mula menyanyi sendirian tanpa perkataan dan irama yang konsisten? Di sinilah anak-anak kecil mula mengenal muzik dan cuba memahami rentak bunyi, soon they’ll know how to tune perfectly.

Muzik Membantu Perkembangan Emosi

Tidak dinafikan juga, muzik membantu perkembangan emosi dan menjadi terapi dalam pelbagai situasi. Bayi sering memerlukan ‘lullaby’ ketika mendodoikan mereka. Muzik menambah ketenangan kepada ibu dan juga anak.

Ramai ahli pengkaji meneliti kepentingan muzik untuk kanak-kanak autism. Antara mereka ada menyatakan, muzik memenuhi keperluan kognitif kanak-kanak autism kerana kebanyakan lagu mempunyai pattern tersendiri. Struktur dalam lagu dan irama yang konsisten memberi ketenangan kepada pendengar.

muzik dan kanak-kanak

Muzik Boleh Mengajarkan Disiplin

Muzik boleh mengubah mood seseorang daripada sedih kepada gembira kepada bertenaga dan kemudiannya bertenang. Anak-anak juga mudah terpengaruh dengan rentak irama yang pelbagai. Ibu bapa dapat menjadikan muzik sebagai salah satu cara mendisiplinkan anak-anak dengan jadual seharian.

Berikut adalah contoh untuk menggunakan muzik sebagai ‘transition’, daripada satu aktiviti kepada aktiviti yang lain.

  • picking up toys (“toys away, toys away, it’s time to put the toys away”)
  • brushing teeth (“brushing, brushing, brushing teeth,” sung to the tune of “London Bridge Is Falling Down”)
  • taking a bath (“Now it’s bath time, now it’s bath time, yes, it is” sung to the tune of “Are You Sleeping”)

Apabila anak anda ceria, mereka pasti bersemangat dan tidak merungut untuk menjalani jadual harian mereka.

Di Little Caliphs Khalifah Didik, anak-anak akan diajak untuk menyanyikan Asmaul Husna, doa belajar, doa untuk ibu bapa dan lagu-lagu sesuai pelajaran harian mereka. Hal ini akan memastikan anak-anak sentiasa ceria dan mudah mengingati ilmu-ilmu baru insyaAllah.

Leave a Reply